Monday, August 9, 2010

Ini.Adalah.Rojak!

salam minna san..
(salam semua)

o genki desu ka..
(apa khabar?)

ohisashiburi desu ne..
(lama tak ketemu ya)

hehehe..
pembukaan entry kali ni...
mari belajar jepun bersama-sama ye...
haitt!! ^_^

hurmm..
tengah duduk-duduk lepak-ing di petang hari selepas menyenyangkan perut..
tetiba kechik tergerak pulak nak kongsi cerita pasal hari minggu kechik yg lepas..
ye la..
sebelum dunia si kechik ni meriah dengan sawang..
baik kechik hapdate barang sepatah dua perkataan ye tak..
atleast takde la kechik rasa bersalah sangat mengabaikan dunia si kechik ni lama-lama..
huhuhu..

alright! alright!
teruskan dengan agenda anda kechik..

so..
hari minggu yg lepas fakulti kechik ada buat pertandingan i-Hack..
and kechik selaku student course yang menganjurkan pertandingan ni..
terpaksa la mengorbankan cuti untuk support event yg kononnya antara yg terbesar ni..
tapi kechik datang support je la..
nak involved dalam management sudah tak berkesempatan..
its ok kechik..
maybe next event..
takde rezeki kau kat sini..
baiklah..T__________T

event ni agak meriah juga la..
banyak penyertaan dari kampus-kampus cawangan dan juga universiti-universiti luar..
boleh juga mencuci mata melihat hackers-hackers tempatan yg tak kurang hensemnya..
ishk! ishk! gatal kau ye kechik! -.-"
hurm kechik rasa macam tengah buat laporan pulak sekarang ni you all..
apa kata korang tengak je gambar-gambar yg ada kat sini..
orang kata..
kadang-kadang gambar ni lebih pandai menceritakan daripada ayat yg kita bina..
kan? kan? so klik-klik di sini untuk tengok gambar-gambar  i-HACK 2010 ye!

oh! oh!
lepas joint event kat fakulti..
kechik pergi merayau kat putrajaya lak..
jalan-jalan cuci mata kat situ..
heh! view kat sana adalah very nice ok..
kalau setakat nak rehatkan kepala hotak yg serabut dengan kerjaan yg melambak-lambak..
bolehlah ke sana pada hari minggu ye...
di ingatkan..
hari minggu ye!
kalau hari bekerja...
bukan merehatkan minda...
menserabutkan kepala hotak lagi ada..
uhu!

then..
sekarang sudah masuk minggu baru..
alhamdulillah..
usia kechik dipanjangkan untuk terus berjuang di bumi Ilahi ni..
esok lusa Ramadhan juga sudah mahu tiba..
berpuasa lagi kita...
oh! rindu....T_________T

kepada semua teman-teman blogger sekalian..
selamat menyambut bulan ramadhan ye...
semoga ramadhan kali ni akan membawa seribu rahmat pada kita semua..
oh! kechik rindukan tenangnya Ramadhan...
semoga semuanya baik-baik je buat kita semua sepanjang Ramadhan ni..
insyaAllah...

alright..
seperti sudah perlu beransur sekarang..
seperti biasa entry 3 dalam 1...
ingat minuman je yang ada instant?
entry pun ada juga ye! uhu..
maaf ya..
kechik nak sangat membebel panjang dengan you all...
tapi keadaan kechik sekarang sangat la tidak bersetuju dengan niat kechik tu..
so terpaksa la menurut kata keadaan buat masa sekarang ni..
mungkin next time kechik berdegil nak dengar kata niat lak..
then baru kechik boleh bebel panjang-panjang sampai you all pun tak larat nak baca ok..

hingga ketemu lagi...
take care ya! =)

salam ramadhan semuaaaa!!!

1 comments:

aien said...

salam ramadhan... ^_^